Sabtu, 22 September 2012

Kerana ALLAH

~Suhila @ Eyla....akak rindu adik...x sabar rasanya menghulurkan tangan dan memelukmu.. Dik, rasa sayang dan rindu ini insyaAllah kerana Allah..bukan kerana kepentingan sesuatu perkara. Kerana akak yakin, jika rasa sayang dan rindu ini kerana perkara lain, pasti ianya tidak akan kekal lama!!! Berkasih hingga ke syurga..~

-----------------------------
Niat, Ikhlas, Ukhwah

Salam-salam kakak naqibah insyirah sampaikan. Berusrah bersama adik-adik di Masjid Kota Marudu tentang niat, ikhlas dan ukhwah. Dilantik menjadi naqibah membuatkan seluruh badan insyirah menggeletar. Apa tidaknya, inilah pertama kali diberi mandat untuk memimpin adik-adik usrah. Insyirah terima dengan hati terbuka, hati bermonolog "ada hikmahnya".

Walaupun adik-adik usrah tidak ramai yang datang, ianya tidak mematahkan semangat insyirah untuk memberikan sepatah dua kata untuk adik-adik yang hadir. Insyirah tidak keseorangan, insyirah ditemani sahabat cermin saktiku Afifah.

Bila usrah bermula, suara insyirah tersekat-sekat. Tunduk. Tengok muka adik-adik. Senyum. Tunduk. Allah tidak keruan dibuatnya. Afifah memegang tangan insyirah memberi kekuatan. Alhamdulillah dengan izinNYA, insyirah dapat juga bercakap walaupun terkadang tertunduk.

"Niat. Ok, setiap apa yang kita lakukan biarlah dengan niat. Niat itu mestilah kerana Allah. Adik masih ingat apa yang Kak Su kata tentang niat?"

"ingat!!"

Alhamdulillah. Semangat adik-adik menjawabnya. Rasa bahagia. Hati terus berdoa " Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami untuk melakukan segalanya keranaMU. Ya Allah, tenangkan hati sahabatku Surianah.."

Satu persatu insyirah huraikan tentang niat, ikhlas dan ukhwah. Insyirah lebihkan kepada ukhwah. Sekali lagi, insyirah tidak keseorangan, insyirah ditemani oleh Afifah. Sesekali bila insyirah kehilangan kata, Afifah cepat-cepat bersuara. Tidak mahu adik-adik ternanti-nanti. ^^,. Kenangan terindah bersamamu Fi..

Kembali koreksi diri.
"Tanya hati kita, kita sayang sahabat kita kerana apa?"

Kalau boleh, saat itu air mata yang tertahan ingin saja insyirah muntahkan. Tapi, kerana tidak mahu adik-adik risau, insyirah tahankan. Sangat-sangat merindui sahabatku Nas, Sue, Lar dan Dyg. Apa khabar dirimu disana sayang?? Insyirah merindui dan teramat merindui meraka..

Hati berkata lagi, "Su, ana rindu enti.". Tangan Fifah ku pegang. Selalu tangan insyirah memegang simpulan kaki Fifah. Fifah sudah faham apa maksudnya ^_^.. Minta tolong huraikan yang selebihnya.

Syira dan Kila...akak rindu....

Tinta Hati : Sangat-sangat rindukan sahabat!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan